masa tak pernah tunggu kita...

Wednesday, May 23, 2007

Ia Datang lagi...


Cuti Pertengahan Tahun 2007 bakal menyusul dua hari lagi. Paling gembira adalah murid. Mereka menantinya dengan penuh debaran. Bagi mereka cuti adalah cuti segala-galanya. Tak perlu belajar, tak perlu bangun pagi, tak perlu buat kerja sekolah dan macam-macam yang tak perlu lagi.

Guru pula bolehlah relek sikit. Tak perlu datang sekolah, tak perlu ngajar dan banyaklah juga yang tak perlu dibuat macam yang selalu hari-hari buat.

Begitu pun, tak perlu buat bagi murid dan guru lain sikit. Murid tak perlu itu dan ini tak apa. Kalau tak boleh pun setakat ibubapa sahaja.

Guru lain sikit ceritanya. Ada yang tak perlu tak apa. Tapi ada yang kena buat juga masa cuti. Kertas periksa murid mesti beres. Markah mesti masuk dlm epantau. Sebelum 10 jun ni kena hantar ke PPD.

Kerja terancang masa cuti kena beri kat murid. Lepah buka nanti kena pereksa lagi. Pendek kata, bagi cikgu cuti atau tak cuti agak sama jugak laa. Kerja mesti jalan jugak. Macam dalam GO laa. Cikgu boleh dipanggil pada bila-bila masa dalam cuti utk datang bertugas.

Paling tak banyak dapat cuti tentulah cikgu2 yang ajar darjah 6. Dengar cerita masa cuti ni kena bertugas kat Kem Kecemerlangan UPSR peringkat daerah. Dua siri dibuat. Satu di SK Pusat Jerteh dan satu lagi kat SK Tg Mahmud.

SK Kg Baharu hantar 50 orang murid target. Wow .... banyaknye. Kalu 5A belaka 50 orang tu hebat laa sekolah kita. Namun itu tak mustahil. Usaha, tawakal akan berjaya.


Habis saja Kem tu kena ajar kelas tambahan kat sekolah pulak, dua hari. Tak apa lah cikgu, gaji pun dah naik, kerja kena lebih laa sikit. Ok la tu. Lagi pun ngajar masa cuti tu ada bayaran pe.

Akhir sekali di ucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid SKKGB, pengurusan sekolah dan semua guru. Semoga dapat jumpa lagi buka penggal 2 nanti.

Friday, May 18, 2007

Guru Penjana Modal Insan Cemerlang



Pengerusi Kelab Guru sedang membahagikan hadiah kemenangan bagi permainan yang disertai kepada anak buah.


Menikmati juadah tengahari setelah penat berlawan ?


Boria SK Kg Baharu... boleh tahan jugak solonya..


Murid dan belon... tiada kompromi. Guru dikerumuni dek kerana sebiji belon..


Tiup kak tiup... awas jgn sampai pecah !!!


Menonton guru kesayangan bermain basikal secara selamat.Kayuh seberapa yang lambat yang boleh. Murid tak boleh tiru gaya guru kayuh. nanti tak sampai-sampai ke sekolah pulak....


Salah sebuah basikal yang masuk racing. pakai disc break. canggih betul..... tapi sayang... kalah jugak..


Slow bang slow... apa nak di gaduhkan?.... lagi lambat lagi bagus....


Pinjam kasut gergasi..


Team bolasepak wanita berkain pelikat bersama dgn pengadil perlawanan.


Main bola ke jual kain?


Pasukan Bolasepak guru lelaki. Baru lepas bersunat pun boleh main bola lagi.....


Pompom girl..................


bersedia sebelum perlawanan...

murid-murid melihat dengan penuh minat gelagat cikgu-cikgu.


sebelum mula tu... kena testing kain dulu .. kot-kot telondeh masa main... susah bang....

kami berikrar akan menjalankan tugas dengan penuh...... bla-bla-bla.......


temenong nampak bang... teringat kat cikgi disana ke?

majlis akan bermula sebentar lagi....


terimakasih cikgu. inilah saja cenderahati yang dapat kami sumbangkan...... selamat hari guru...... terima kasih kerana mendidik kami untuk mengerti ttg kehidupan ini.....