masa tak pernah tunggu kita...

Thursday, June 21, 2007

4 peristiwa penting



Minggu ini ada 4 peristiwa penting berlaku disekolah kita.

Pertama : Lawatan sambil belajar murid Tahun 6 ke Kuala Terengganu. Tujuannya untuk membuka minda murid serta melihat perkembangan di tempat orang. Yang tersirat pula mengurangkan sikit keboringan menatap kertas soalan saban hari.

Kedua : Penyerahan buku laporan murid kepada ibubapa. Ada ibubapa tanya guru kelas, pasal apa anak dia banyak tak lulus periksa lepas. Di rumah nampak baca buku sokmo. Guru tanya pula ibubapa, Pakcik tengok dok buku apa yang anak pakcik baca. Cikgu tak jawab soalan, ibubapa pun tak jawab soalan. Carilah jawapan masing-masing.


Ketiga : Penyampaian wang zakat oleh Bank Rakyat. 148 murid terpilih untuk menerima zakat dari bank ini. Mereka dikehendaki membuka akaun. Jumlah yang diberi RM100 setiap murid. Semoga pemberian ini dapat digunakan dengan sebaiknya untuk pelajaran anak-anak. Mereka ni termasuk dalam asnaf " Fiisabiilillah ".

Keempat : Pemasangan / penginstallan Program Score A oleh wakil Kenshido. Pakej ni di taja sepenuhnya oleh TAB Menteri besar Terengganu. Terima kepada YAB MB. Semoga Besut akan jadi Johan tahun ni.

Thursday, June 14, 2007

bermula separuh kedua 2007

Dah habis seminggu permulaan penggal /semester kedua. sekejap saja masa berlalu. sebelum cuti yg lalu murid-murid telah menduduki peperiksaan oti 2 @ periksa pertengahan tahun. minggu ni keputusannya dah ada pada tangan cikgu kelas masing-masing.

Ada yg dapat keputusan yang baik dan ada yg sebaliknya. Apa-apa pun keputusannya yg pasti adalah " itulah usaha yang telah anda lakukan". Baik keputusannya maka bermakna usaha anda itu adalah betul dan tepat. Sebaliknya " tok molek" keputusannya maka ada sesuatu yang tak kena dengan usaha anda. Namun belum terlambat. Masa masih ada. Usahalah lagi. Pastinya anda akan dapat hasil yang lebih baik.

Sekolah kita kehilangan seorang guru. Baru 6 bulan beliau bertugas di sini. Namun "ikut suami" adalah paling baik bagi seorang isteri, maka beliau pergi. Cikgu yang dimaksudkan Pn Rosmariati Mohamad yang bertukar ke Putra Jaya, Wilayah Persekutuan. Selamat bertugas diucapkan semoga lebih tenang di sana.

Begitu pun, patah tumbuh hilang berganti, penggantinya telah muncul. Dari TUDM Kuantan. Yang dimaksudkan ialah Pn. Sharifah. Binnya pun tak sempat nak tanya. Tak apalah, selamat datang diucapkan dan semoga selesa di SKKGB.

Sebut pasal OTI2, kabarnya Tahun 6 SKKGB tahun ni hebat sekali kalau dibandingkan dengan 2006. Kalu dibandingkan ujian yg sama tahun lepas, banyak lagi " A " yang akan dipungut nanti, insyaAllah. Jumlahnya..... tak boleh bagi tau disini.... nanti kawan2 kita di sekolah lain cemburu pulak.

Ironinya, wajah guru yg ngajar tahun 6 nampak lebih ceria buka penggal ni. GB pun gitu juga. Kabarnya, murid yg dapat semua A dah menggondol ayam KFC. Alahai.... menjilat jari laa kawan-kawan yang lain. Tapi tak apa, itu adalah suatu tekanan psikologi kepada mereka agar menggandakan usaha.

Cikgu-cikgu, tak kan tak merasa kot. Kalau ada tu.... pass-pass la kat member di bilik pemulihan pernafasan tuuu...

Itu saja perkongsian maklumat kali ini.
Tmakasih.