masa tak pernah tunggu kita...

Sunday, July 8, 2007

UBAHLAH SIKAP

Salam Sejahtera.

Perhimpunan Mingguan hari ini macam biasa juga, dimulai dengan nyanyian lagu " Negaraku", Selamat Sultan, Lagu Sekolah dan Impianku. Kemudian diikuti dengan bacaan ikrar pelajar oleh pengawas.

Semua murid nampak ceria dan bersemangat hendak memulakan minggu ke 25 ini. Gur bertugas munggu lepas, Pn Ruzaibah Mohamad melaporkan aktiviti yang telah berlaku di sekolah sepanjang minggu. Habis laporan beliau telah menyentuh beberapa perkara yg berkait dgn murid.

Secara keseluruhan yang disentuh oleh beliau adalah berkisar tentang sikap. Ramai lagi murid yang tak berubah sikap. Dalam kelas masih kotor, buang sampah diluar tong sampah, suka berlari semasa rehat, bergurau-gurau masa lapang, bercakap semasa guru mengajar dan seribu satu macam lagi sikap yang kurang baik yang tak nak diubah.

Pada hal bukanlah susah sangat untuk ubah sikap tersebut. Sekurang-kurangnya ubahlah semasa berada di sekolah. Satu lagi pakaian yang dipakai kurang bersih. Terutamanya stokin. Barangkali dibasuh hanya sekali seminggu. Seeloknya basuhlah stokin dua atau tiga kali seminggu. Barulah tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan bila masuk dalam makmal dan seumpamanya.

Pada minggu ini juga disampaikan Tag 5A kepada 10 orang pelajar yang mendapat semua A dalam Pra-percubaan yang diadakan minggu lepas. Tahniah diucapkan. Nampaknya BI menjadi Killer kepada ramai murid.

Sekian.